Harini,saya menyertai lawatan ke Rumah Warga Emas Seri Kenangan yang dianjurkan oleh guru tingkatan. Sebelum bertolak,pengetua sekolah,Pn Siti Aisyah berpesan kepada kami supaya menjaga tingkah laku dan imej sekolah. Menurut beliau,lawatan ini akan memberi keinsafan dan kesedaran kepada kami.Sebaik sahaja tiba di destinasi,kami disambut oleh pengurus rumah warga tua,Puan Hijrah Zami’e.
GotongRoyonG
Disana,kami melakukan tugas seperti mengecat,memasang langsir,menukar kain cadar, dan membersihkan longkang.
Tepat 1.00 Petang, rumah warga emas telah berubah wajah! Wajah2 warga emas disitu amat gembira dgn perubahan yang kami lakukan J
MajlisPerpisahaN
Sebelum berpisah, majlis jamuan ringan diadakan untuk kami. Saya mendengar ucapan wakil warga emas dengan perasaan girang bercampur sayu…saya dan rakan2 yang lain,berjanji akan selalu melawat warga emas disini.
Iktibar & PengajaraN
Saya menyedari akan kepentingan lawatan ini..bagi kami,perasaan sebak apabila melihat mereka disini membuatkan kami membuka luas mata kami agar tidak mengikuti apa yg anak2 mereka telah lakukan.. sesungguhnya mereka tidak mempunyai sesiapa untuk berpaut,melainkan kita. Jadi,saya berharap masyarakat diluar sana menjaga ibubapa mereka dengan penuh kasih saying seperti yang telah mereka berikan kepada kita…